With In You Remain...Mak Cik Badai

       



                 Arwah makcik Badai,Badariah Abdullah telah lama tiada.Namun tatkala melayari FB Fasya,puteri sulungnya tiba-tiba wajah ini kembali muncul di mindaku.Arwah seorang ibu yang sangat lembut dengan anak-anaknya.Sifat keibuannya memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Very forbearing mother.Apatah lagi tatkala itu dengan bilangan anak yang ramai dan hampir sebaya saja usia mereka.(Eri,sya,An.ike.jiha.ayid,atau mungkin ada lagi yang tak aku namakan di sini)

             Terkenang semasa chilhood time where I used to go back to kampung setiap kali cuti sekolah.Arwah sangat rajin melayan kerenah aku dan sering menyuruh aku ke kedai Pakngah Hasan to buy for her junk food untuk kami makan bersama-sama di atas tangga di serambi.Bersama mak usu Kamai,kedua-duanya sering saling membantu dalam melakukan kerja rumah sewaktu atuk Senah(arwah)dan atuk Dollah pergi menoreh.Jika hari ini giliran arwah memasak,esoknya giliran arwah pulak untuk mengemas rumah.Ini termasuklah menyapu laman rumah yang 'seluas tidak' tu.Disebelah malamnya pulak mereka akan pergi belajar kompang.

             Among her sibling,she was the one yang 'ada rupa'.Justeru sesuai dengan situasi ketika itu,seorang gadis pingitan yang lembut dan berbudi bahasa ramai yang menaruh hati padanya.However till the end  of her life jodohnya kekal dengan pakcik Musa.

          Kini Sya,mewarisi  hampir keseluruhan ciri-ciri yang ada pada arwah dan bakal bergelar ibu tak lama.Semoga Sya setabah  arwah ibu dalam membesarkan anak-anak.




Laman rindu: Alfatihah Buat Arwah Makcik dan Atuk Senah.Semoga roh klian berdua
                     dicucuri RahmatNya.Amin.



Comments

Popular Posts