Mak Ngah sayang......



                      Sibuknya makngah ni.......


         Nama sebenarnya ialah Nur Fadzilah Yahaya.Tapi lebih disenangi dengan panggilan makngah.Mulanya aku hairan kenapa orang yang semuda dan secantik makngah ini digelar sedemikian.Rupa-rupanya panggilan itu diberikan oleh kerani sekolah kami en.Yunos kerana katanya makngah suka memakai baju merah.Teringat ungkapan "merah sangatlah makngah" yang popular once before.Then the call remain heretofore.Dia seorang yang sangat baik dan mudah didekati.Friendly sangat.  

          Seorang ibu tunggal kepada empat orang anak.Kematian suami almost 2 years akibat kemalangan jalanraya.Arwah suaminya yang kami kenali sebagai Pak Malik seorang suami yang baik dan meraka adalah pasangan yang sangat 'romantis'kerana selalu bersama dan sentiasa ceria .Kemalangan arwah suaminya adalah sesuatu yang paling tragis buatnya namun she was really strong to face it.Ada rakan-rakan yang mengusiknya agar berkahwin lagi.Tapi bagi makngah Arwah Pak Malik  adalah lelaki yang terlalu istimewa dan sukar untuk dicari ganti.

           Meskipun umurnya kini  49 tahun namun kerana selalu kelihatan ceria dan  senyum selalu she looks younger than her age.Digelar juga sebagai Tea-lady kerana selalu menghidangkan kami kopi yang sungguh istimewa bancuhannya. Selalu dia menyindir aku yang mempunyai kelebihan Nur di pangkal namanya.Ialah tu....."Memang pun makngah selalu kelihatan berseri-seri sebab sentiasa ada NOOR "balasku.

          Semua guru menyenanginya.Lebih-lebih lagi guru-guru sains yang memang sentiasa berurusan dengannya.Dia seorang yang dedikasi kepada tugasnya.Bersama-sama rakan sekerja yang saling membantu segalanya menjadi cepat dan mudah.Sehari tanpa makngah kami terasa sangat kehilangannya.Semoga makngah terus ceria dan sihat kerana sebagai kakak yang paling sulung di kalangan kami,dia  adalah penghibur dan tempat kami bermanja.

Comments

Popular Posts