Breakfast with Spaghetti then hanging out di KL

 

                    Beginilah hidangan spaghetti with sauce yang aku sediakan untuk santapan Amyku.


                    Amy asked me to cook spaghetti for the breakfast this morning.Dan aku memang takkan menghampakannnya kerana ini one of his fav.meal.Tidaklah cerewet sangat, malah padaku penyediaannya lebih mudah kerana most of the ingredients boleh didapati di semua pasaraya.No wonder they took some goods when we shopped at Tesco yesterday. Rupa-rupanya mereka dah tahu stock ramuan spagetthi dah habis dalam peti ais.



Bahan-bahan
½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram sos tomato
250 gram bawang putih dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter
3 sudu besar prego perisa tradisional
Garam secukup rasa


Cara:


Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri,prego dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak. Masukkan sedikit cendawan butang dan lobak merah yang dihiris nipis.


Tambahan:


Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti
 


                 Aku dan suami tidak begitu menggemari makanan ini.Jadi kami menikmati sarapan nasi goreng yang turut aku sediakan bersama dengan minuman teh tarik.Berselera sungguh anak bujangku makan.Maklumlah di asrama memang tidak disediakan makanan seperti ini.The last time he had it was on his birthday on 7th Jan.


                   Tak tau apa nak buat cuti-cuti ni,hubby proposed  jalan-jalan ke KL.Kebetulan Amy ada temujanji dengan kawan seasramanya untuk berjumpa di Plaza Bukit Bintang.While Amy with his friends,we took the chances untuk singgah di Pavilion which is situated at Jalan Bukit Bintang.Kehebatan Mega mall ini dapat dilihat apabila ramai pelancong yang datang untuk membeli belah di sini.Pelbagai orang dan ragam yang dapat kami saksikan di sini.It also always become attention for location drama shooting. Selepas puas melihat gelagat dan kemeriahannya  di sini,kami bergerak menuju ke Mid Valley.Window shopping aje.... It's enjoy because no traffic congestion as always. Ala dan Elin mulai merungut starving.Lalu kami had our lunch di restoran mamak yang letaknya di tingkat bawah pejabat suami.Dan kami terus melepak di sini,sehinggalah Amy menelefon dan meminta kami mengambilnya di stesen LRT Ampang.

  Ala and Lyn seronoknya melayari internet di sini....
                 

Comments

Popular Posts