Monolog

 
  Ramadan bakal melabuhkan tirainya.Dalam setia menghitung tibanya Syawal, serasakan Ramadan kali ini berlalu begitu pantas.Ramadan ini juga mengundang satu cerita duka buat aku.Something that unpredictable and unexpected....
      Emak,tentunya Ramadan ini amat berbeza dengan Ramadan2 yang sebelumnya.Kesihatan mak yang terganggu menjelang tibanya Ramadan ini berlanjutan sehinggalah membawa mak terlantar di hospital.Justeru mak hanya mampu berpuasa untuk beberapa hari sahaja.Keuzuran ini mengundang pelbagai rasa buat aku.Rasa bersalah,serba-salah dan terkilan.Maaf mak, kerana aku tidak dapat menemani mak di hospital.Keadaan dan masa mengekang aku untuk pulang.Namun aku tak pernah lupa bertanya khabarmu menerusi Ani yang setia melawatmu.Thanks mak for understanding my situation here.
      Mak,aku rindu padamu.Aku ingin segera kembali mendakap tubuhmu dan menatap wajahmu.Aku tahu dukamu,aku tahu makna resahmu.....Namun dari kejauhan aku selalu mendekatimu dengan doaku agar mak segera sembuh.Pintaku pada mu mak,agar jangan terlalu memikirkan tentang hal-hal yang mengundang rasa kecewamu,rasa kesalmu kerana semuanya telah ditakdirkan.....
 Lamunan terhenti.Suara emak yang kedengaran di hujung talian melegakan aku."Mak keluar hospital harini."Alhamdulillah.Dan emak begitu mengharapkan agar aku pulang.Aku tahu emak lebih suka berhariraya di rumah sendiri kerana di sana tercatat pelbagai sentimental moment......dan lagi emak rasa bersalah pada arwah ayah kerana Ramadan ini rumah mak terbiar kosong dan sepi tanpa penghuni.






 Only Allah knows how much I truly love and miss U,mak 
Laman rindu :

Comments

Popular Posts