TERUJA

                 Hujan yang turun pada awal pagi Sabtu lalu tidak menghalang niat kami untuk ke Perpustakaan Negara.Mulanya sekadar ingin bersama-sama  Amy yang  berjanji dengan  kawan sekolahnya untuk berjumpa di sana.
Berada di gedung ilmu dengan  pelbagai bahan bacaan ini buat aku merasa sungguh teruja.Apatah lagi  di seksyen yang menempatkan novel.Terpaku aku melihat novel lama ,baru dan yang paling terkini tersusun di rak.Bersama Ala dan Lyn kami habiskan masa yang penuh berkualiti di sini dengan membaca.Biarpun ini kunjungan pertama kami ke sini sementara menunggu suami yang punyai tugasan lain,terasa begitu pantas masa berlalu.Hairannya meskipun selalu  juga kami melewati bangunan ini setiap kali memasuki KL namun tidak pernah terlintas pun untuk singgah sebelum ini.Kalaulah dekat dengan lokasi kediaman mahu saja aku bertamu di sini saban hari.Excited to see a various kind of books here..Sempat aku menghabiskan  novel terbitan Jemari Seni LUVE oleh Pingu Toha dalam suasana tenang dan sunyi.Ala dengan pilihan  novel remajanya while Alyn seronok  melayari internet yang boleh digunakan secara percuma.
            
               Menerusi tingkap library its still raining and cloudy.Ini menambah suasana damai dan tenang untuk menghayati novel pilihanku..Masing-masing leka dengan dunia sendiri.Lima jam berada di sini berlalu tanpa disedari apabila suami memberitahu yang dia telah sedia menanti di luar.




        KEBUN MIMPI


               Kini aku kembali teruja untuk menatap tiga ceritera dalam sebuah novel oleh tiga penulis Jemari Seni yang memang aku kagumi iaitu Noor Suraya,Syud dan Rnysa menerusi KEBUN MIMPI.Saadiah rakan setugas aku memang tidak pernah lokek untuk meminjamkan aku setiap novel baru yang dbelinya.But I've to finish up reading the continuity love of   Uthman Huzair terhadap Lana through 143 novel by Pingu Toha.His way of writing which similar to my favourite Hlovate menjadikan aku  tertarik untuk membaca  karya beliau yang seterusnya.








                MY DREAMING FARM

Inilah Kebun  Mimpi aku sebagaimana simbolik  tajuk novel Noor Suraya yang sedang aku baca kini

            And now my new excitability is playing Farmville and Frontier in the Facebook.Keterujaan aku tidaklah sampai melupakan sama sekali tanggungjawab aku sebagai isteri,ibu dan wanita yang bekerja.Setiap kali sebelum leka dengan kedua-dua game ini aku akan pastikan segala yang perlu telah aku bereskan.Aku tidaklah terlalu maniac coz all my daily routine walks as usual.Rumah sentiasa kemas dan bersih dan bilik air tak berlendir serta berdaki.Keseronokan bermain FV dan FT ini aku kongsi bersama dengan rakan-rakan FB  aku, penulis Ruby Hazri,Nazurah Aishah juga penerbit Bersamamu Kamaruzzain A.Kadir dan beberapa orang guru sekolah.In fact I'm  still  having time  untuk membaca novel yang menjadi hobi utama aku.
         Yang pentingnya apapun hobi dan keterujaan kita terhadap sesuatu janganlah sampai memudharatkan orang lain.Bergembiralah selagi ianya tidak menganggu  privacy  individu lain.


             
       






     


Laman rindu :  Teruja dengan lagu-lagu nyanyian Allahyarham  Sudirman Hj.Arsyad..Acapkali lagu-lagunya menemani aku tatkala melayari  internet di alam maya.USAH......touching.

Comments

  1. 1. ye la selama x terfikir pun nak pegi...kebetulan amy ada janji ngan kawan2 dia dan pas tu abg ada keja kat jalan pahang...dah dekat sgt, jadi apa salahnya singgah...isnyallah...lain pegi lagi....

    2. takde komen...

    3.takpe la mengisi masa lapang....asalkan semua keja dah beres...apa salahnya bertukar2 fikiran ngan kawan2 yang lain...alhamdulillah selama ni keja rumah Z tak abaikan...Z mmg pandai bahagi masa...cuma jgn gunakan masa tu untuk menghina atau mengata sesiapa pun...gunakan secara sihat.....

    ReplyDelete
  2. B,i know what is 'dooooooooos and what is don'tsss.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts