Lagenda Budak Setan-Adaptasi Novel ke filem
![]() |
Aku terus jatuh cinta dengan movie Lagenda Budak Setan which is based on the best-selling novel by Ahadiat Akashah.Meskipun ke empat-empat edisi novel ini tidak pernah aku baca bermula dengan Budak Setan, Budak Setan 2, Budak Setan 3, dan seterusnya Katerina. Selepas itu, keempat-empat novel ini digabungkan menjadi Lagenda Budak Setan dan sekuel terakhirnya adalah Kasyah Lagenda Berakhir.After 25 years,finally he could see his work on
screen dan segalanya berbaloi dengan lakonan mantap Farid Kamil, Lisa Surihani dan Que Haidar dan berlatar- belakangkan panorama yang indah menjadikan filem ini lain dari yang lain.Kasyah was an anti-women type of person.The presence of Ayu in his life certainly changed him forever.
Sinopsis(Petikan dari Murai.com)
Kisah LBS bermula di sebuah universiti apabila Kasyah yang terkenal dengan gelaran budak setan telah berubah menjadi baik setelah dia jatuh cinta dengan Ayu. Bagaimanapun Ayu tidak tidak memberi jawapan jelas selagi Kasyah meyiapkan projeknya, sekaligus berjaya mendapatkan Ijazah.
Sejurus selepas Kasyah berhijrah ke kawasan terpencil bagi menyiapkan projeknya, Ayu didatangi bekas kekasihnya iaitu, Azmi yang juga seorang pemarah. Mereka yang dipaksa ibunya supaya berkahwin membawa detik malang kepada Ayu apabila Azmi sering mendera Ayu.
Selepas kembalinya Kasyah, Ayu sudah bertukar wajah kerana terpaksa menjalani pembedahan plastik kerana cedera teruk di muka ketika berlaku perlanggaran kereta. Dia turut dikenali dengan nama baru iaitu Emilia. Dia turut diceraikan Azmi.
Penderitaan Ayu/Emilia tidak terhenti disitu, Azmi sekali lagi datang mencederakannya sehingga mengakibatkannya lupa ingatan. Bagaimapun, Kasyah masih sanggup menerima Ayu/Emilia sebagai isterinya. Ayu meninggal dunia ketika dia melahirkan anak hasil perkongsian hidup dengan Kasyah.
Meskipun ini sebuah filem cinta remaja,namun sebagai peminat novel pelbagai genre,tidak salah untuk aku mengimbau kembali zaman remaja aku saat novel ini laris di pasaran pada usia aku yang ke 18 tahun 25 tahun yang lalu.For sure aku juga tidak mahu ketinggalan untuk menghayatinya menerusi pembacaan novel pula.Hebat juga penangan cerita ini,as my 17th years old son Amy, also touched with this story.Karya yang berusia 25 tahun dulu dikatakan kurang sesuai utk dipertontonkan kepada generasi baru. TETTTT ! Kisah cinta tak mengenal usia sebenarnya. Tak kiralah zaman apa pun. So, strongly believed that cerita ni sesuai ditonton oleh semua generasi .
">
Laman Rindu : The most dramatic and really touching ialah lagu yang begitu membuai perasaan.Ciptaan W. Benyamin, dari Indonesia. Dinyanyikan oleh Gio dan Fili.
Comments
Post a Comment