Ramadhan datang lagi




        Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

              Syukur ke hadrat Allah kerana untuk yang  kesekian kalinya aku diberi peluang olehNya menjalani ibadah puasa.Diam tak diam sudah melangkah masuk hari ke sembilan kita berpuasa.And time will go on and on till the end of Ramadhan dan Syawal pula bakal  menjelma.Probably my focus to celebrate Hari Raya agak sederhana coz  my Lyn girl will sit for her UPSR  just one week after raya. Then continue with Amy with his trial SPM.
 Ala kadar saja....

             Sesuatu yang menarik bila tibanya bulan Ramadhan ini ialah apabila dapat mengerjakan solat Terawih berjemaah di surau atau masjid.It is the best time to grab the opportunity which  comes  once in a year.Kerana  ingin turut sama melakukan ibadah solah terawih kelihatan seorang ibu sanggup membawa anak yang masih kecil yang diletakkan di sisinya ketika mengerjakan solat.Terdengar rengekan bayi tersebut that certainly break in on prayer concentration.Keriuhan kanak-kanak yang datang hanya untuk memeriahkan suasana di masjid memang tak pernah berubah since long ago.Kalau boleh aku nak menjerit menyuruh mereka diam.Dan amat bertuah sekali kerana Masjid Cahaya Iman malam tadi dikunjungi Ustaz Zahazan Mohamed untuk sessi tazkirah.Dalam membicarakan kelebihan Ramadhan,beliau turut mengingatkan para jemaah tentang kegilaan masyarakat masa kini dengan budaya FB yang lebih menjurus kepada gejala -gejala nagetif.Adalah lebih baik masa melayan FB dimanfaatkan dengan membaca Al Quran.




     Pahala membaca al-Quran

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai

Renungkan......

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = Cuba kira sendiri ...



             Bazar Ramadhan.

         
        Pelbagai juadah berbuka puasa boleh dibeli di sini,Tatkala tengah starving semuanya nampak appetizing.Entahlah rasanya kuih buah melaka yang emak buat jauh lebih sedap dari apa yang dijual di sini.Kalau dulu bertukar juadah antara jiran tetangga menjadi satu amalan yang menyeronokkan.Nowadays budaya itu telah hilang ditelan waktu.Rindu pada situasi Ramadhan yang dulu.Bukan tidak boleh dipraktikkan kembali amalan memberi dan merasa seperti itu tetapi peredaran masa  telah mengubah segalanya.Masing-masing bekejar dengan waktu dan semuanya telah jadi serba instant tanpa ada memikirkan kualiti .
             

         













Laman rindu:   Ya Allah,kurniakanlah kepada aku rasa cinta kepadaMu..Dan berkesempatankah aku untuk bertemu dengan RamadhanMu yang akan datang.

Harapan Ramadhan oleh Raihan melatari entry Ramadhanku kali ini.                                                   

Comments

Popular Posts