PWTC.Again..........

.     Saturday
















Ala and her choir frenz
            Hampir seminggu tanpa sebarang entry baru dalam blog.Purposely sebab  my Amyboy was at home from Friday to Sunday.So I had to pay attention on his needs.Saturday my two girls Ala and Lyn ada aktiviti masing-masing di sekolah .Ala ada persembahan koir sempena mesyuarat PIBG ,while Lyn dengan sukaneka sekolah.I just send them out namun berjanji dengan Lyn untuk  ke sekolahnya bila acara yang dia wakili akan bermula.Through two events ,  Lyn  and her 6 Tenteram team won 2 gold medals.Ala yang turut mengikut aku ke sekolah Lyn selesai persembahan koirnya,gembira bertemu kembali dengan Cikgu Surahayatinya.Dan setiap kali tersua dengan cikgu ini,dia akan setia bertanyakan padaku,"macamana Dzul (refer to Amy) sekarang?"Sayang sungguh dia pada Amy yang pernah menjadi  anak muridnya dulu.Send her regards too.


"Bulatnya awak sekarang ni Farah......"


         Sukaneka  tamat pada pukul 12.30pm.Terus pulang ke rumah.Pada awalnya aku mempunyai rancangan untuk ke PWTC untuk melihat lagi pesta buku di sana.Coincidence  my hubby was there mengikuti Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA.Dapatlah dia mendengar ucapan secara live oleh Tun Dr.Mahathir yang lantang mempertahankan hak-hak orang melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.Sebagai sebuah pertubuhan bukan Kerajaan(NGO), PERKASA  berjuang untuk mempertahankan kepentingan bangsa dan jatidiri Peribumi Negara tercinta.Bersama beberapa orang kawannya dari Segamat yang turut hadir,hubby had told me yang dia turut berminat untuk menyertai pertubuhan NGO .That's good.



          
Kelantangannya  bersuara mendapat standing ovation dari penonton.


          Tidak mahu mengganggunya yang akan terus berada di sana  till late afternoon,I took decision to go there  on Sunday selepas menghantar Amy kembali ke asrama.Namun suami masih berkesempatan untuk meluangkan sedikit masanya menjengah booth Jemari Seni then bought for me another two books.Dapat signature lagi,dari penulis novel Bidadari Hujan,Noor Azzahra.



Sunday


          Setelah memastikan yang segala keperluan Amy untuk kembali ke asrama beres dan sempurna,kami bertolak keluar jam 4pm.Hari seperti nak hujan.Jam 6.00pm kami sampai  di PWTC dan terus tercari-cari booth Jemari Seni.Pesanan dari Saadiah dan Norezah(Cikgu sains tapi minat dengan sastera)is the priority.Tapi yang bestnya kunjungan aku kali ini mempertemukan aku dengan Noor Suraya secara "in person".Layanannya yang mesra menjadikan aku untuk lebih setia dengan karya-karyanya.Masakan tidak ada seorang big fannya yang sanggup datang dari Melaka dan sedang cuti belajar di Australia gembira bertemu kak Su di sini.Dia selalu membeli secara on line novel-novel tulisan Kak Su ni.
             

           Before with JS her novels with creative Enterprise juga aku beli kerana diskaun sehingga 50% seemed does not lose untuk aku memilikinya.Sesuatu yang amat mengasyikkan untuk turut sama dengan watak-watak yang dicipta oleh penulis-penulis JS ini. Info agama,nilai-nilai kemanusiaan,sejarah dan segala macam fakta disampaikan dengan gaya penulisan yang cukup indah dan bersahaja.Tiada ayat-ayat cinta yang memualkan.

          As a big fan to Hlovate,penulis misteri ini  juga had (his or her)way to attract readers following her work.Asking Kak Su who really Hlovate is,she just advised me to stay admired to Hlovate's writings.Yup!of coz I will.I always wondering to my self  what that H means of...if lov mean love and ate mean hate....


Kak Su utuskan salamnya buat Pn Zaliah (GPK Koko)sekolah aku.They were collegues during in Sarawak many Years before.Kak Zaliah happy sangat bila Noor suraya still remember her.


Actually Ala dan Lyn juga berpeluang untuk bertemu dengan penulis buku Dear Yayah yang selalu dibacanya.


Farihah Iskandar


On this final day bilangan pengunjungnya  tidaklah  begitu ramai seperti mana hari-hari sebelumnya.Mungkin kerana KL hujan lebat. Kami  melewati caricature booth.Lyn berminat wajahnya di karikaturkan.Kagum melihat bakat melukis karakatur yang dikenali sebagai Katon ini.

Lyn excited sgt....




This is it ,Lyn.....

Lewat senja,hujan lebat di luar PWTC kami redah untuk meninggalkan PWTC . Terpahat memori indah pada suatu pertemuan dan perpisahan.Lalu aku jadi sendu dalam lagu SENJA BERULANG  RINDU  nyanyian Allahyarham Sudirman ini.
 
Laman rindu : Biarkan kemesraan berlalu,Bersama kesunyian yang padu.Akanku sebut namu selalu.Namun ada rindu yang lebih dari itu.....


Comments

Popular Posts