Tok Mok Dan Umi



Kl Central
           Kenapa ek macam tak ada bahan yang nak  ditulis dalam blog.Terlalu lama rasanya tak update blog till Tok Mok dan anaknya Umi berkunjung ke rumahku recently.Baru semacam ada cerita untuk dikongsi bersama. Bukan sebab  tak ada apa yang nak diisi dalam ruang laman rinduku ini,sorry to say dan to be franked aku leka dengan kegilaan Farmville dan frontier actually.Last entry was about mak ngah which already 20 days past.... dah basi rasanya untuk dibaca.Walhal makngah dah berbahagia d tempat kerja barunya dan khabarnya semakin seronok dia di sana.


          24hb  aku cuti kerana perlu mengambil Tok Mok dan Umi di stesyen Komuter KL central.Bersama Amy,yang dah biasa dengan situasi di KL central,Tasya dan lyn turut sama ikut ke sana.Kereta, aku tinggalkan di Komuter Rawang coz  a journey by a comuter to KL central  is much easier and faster kerana terlepas dari kesesakan jalanraya.First time ever buat Tok Mok naik komuter.


             


           Berendam di kolam




           






                  Yang pastinya kolam renang adalah tempat yang mesti di kunjungi bagi mereka yang datang ke rumah.Tasya dan Umi tak nak lepas peluang untuk berendam di sini.




Ada yang cuba  nak mengurat Umi.Tunangan orang tu....
         
           Tak lama di sini kerana azan Maghrib bergema di surau berdekatan. Tasya was fairly heavy to leave the pool coz she almost clever  to swim.
Tak pe esok sambung lagi.....




          Sabtu 25 /12


         
                  Aku bangun awal kerana perlu menyediakan sarapan dan lauk untuk makan tengahari nanti.Kami perlu ke Masjid Negara untuk menghantar Umi yang akan mengikuti kursus perkahwinan di sana jam 2.30pm nanti.Gulai lemak cili padi daging salai dengan pisang muda,buah tangan yang emak kirim melalui Adah menjadi hidangan makan tengahari kami.Ikan cencaru bakar  cicah sambal kicap membuka selera.


                 Sementara menunggu Umi yang akan tamat kursus hari pertamanya pada jam 7.00pm,kami ke Petaling street yang tak jauh dari Masjid Negara.Sesak di sini.


            
                                        Tasya dan Lyn tak lepas peluang  bergambar di perkarangan MN







               Tok Mok belanja makan usai Umi kursus.Kedai makan yang cantik dan menarik,tapi but the food and service is very disappointing.Kesian Tok Mok.Mee bandung special yang entah apa-apa ramuannya menjadi bahan ketawa kami dalam perjalanan pulang ke rumah.








Beautiful KLCC at night






What a wonderful background of KLCC


              Jam  12.30 am kami dropped Tasya di rumah Munah di Kg.Melayu Kepong kerana dia akan bertolak balik ke Segamat esok pagi.Sempat tok Mok dan Umi masuk seketika ke dalam rumah.Sekali lagi dari balkoni rumah Munah, we can see clearly  KLCC from a distance.Cantik.Sampai rumah at 1.00 am dan tidur.






            Ahad 26/12

      Kursus kahwin Umi bermula jam 8.30am till 7.00pm hari ini.Mulanya kami merancang untuk berpatah balik selesai menghantar Umi Ke MN.Tapi melihat tok mok yang sudah cantik berpakaian untuk keluar sama, kami terpaksa memikirkan sesuatu untuk mengisi masa yang panjang sementara menanti Umi tamat kursus.Semalam aku dan tok mok dapat menumpang dengar ceramah yang diberikan oleh seorang Ustaz yang acapkali menyebut 'ek' di penghujung ayatnya.'Gasak'kami ketawa mendengarnya.
         

            Sesudah menurunkan Umi di Masjid Negara,plan untuk menonton wayang yang kononnya sekadar main-main rupanya it becomes real.Di midvalley kami menonton ngankung yang tak berapa sedap tu.Sempat juga melengkapkan keperluan sekolah Lyn di sini.Dengan collection duit yang diperolehinya semasa berada di kampung,her wish to have a bag and watch GIRLS branded was achieved di MV.






                 

                    Jam 4.30 pm,kami kembali ke MN.Tok mok mandi dan kami merehatkan badan di sini.Luckily kursus Umi tamat sebelum waktunya.Thinking that the road will be congested due to football match Malaysia and Indonesia tonight at Stadium Bukit Jalil,walhal kami perlu menghantar Umi dan Tok Mok ke hentian bas,hubby suggested to send them by LRT.



               Semangat Bola


                LRT was really crowded dengan ribuan peminat Bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak secara live di stadium Bukit Jalil.Macam sardin dalam tin gambaran kepadatan penumpang di dalam LRT.Nasib baiklah perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 20 min.untuk sampai.

           Once the train stopped and Bukit Jalil,bagai kambing terlepas dari kandang mereka berduyun-duyun keluar sambil melagukan 'inilah barisan kita.......dengan penuh semangat.Riuh rendah,gamat dan amat meriah sekali.Aku pun turut sama teruja melihat semangat bola mereka.



            
                      Munah dan Mazli antara ratusan peminat yang berduyun-duyun menuju ke stadium.Meskipun memiliki tiket VIP untuk tontonan di grand stand,Mazli memilih tempat duduk biasa sahaja.


Sesak
         
                      Kami tinggalkan tok Mok dan Umi di stesyen bus dan kembali menapak ke stesyen LRT.Dari sini kami dapat mendengar sorakan  penonton di stadium.Kami turut berpeluang menonton menerusi skrin besar di sebuah kedai makan.Riuh rendah jugak di sini.




                 Safee,Jelmaan Mokhtar Dahari.




           There's nothing wrong if I can say that Safee has the charactheristic of  our nation lagendry football arwah Mokhtar Dahari.Corak permainan dan jersi 10 yang disarungnya menggambarkan semangat juangnya yang tinggi di padang bola.Raut wajahnya juga ada iras-iras arwah.With a comfortable scores semoga Malaysia mampu berjuang di bumi Indonesia yang tentunya akan membalas dendam di atas kekalahan mereka tempohari.Meskipun penyokong Indonesia cuba menganggu emosi pemain kita,namun perrjuangan untuk muncul juara semakin tinggi di kalangan Pemain.YES!Semangat MALAYSIA BOLEH mesti di buktikan.












Laman rindu : Selama 2 hari di Kuala Lumpur bersama Tok Mok dan Umi "Senyumlah  Kuala Lumpur" mengiringi perjalanan pulang  ke destinasi.

Comments

Popular Posts