Kak Lim @ Ayeen





              Selama 2 malam aku di rumah Anie,adik bongsuku selama itulah aku melihat kemanjaan dan kemesraan Hafiz dan Hadif terhadap Alyn.Lebih sebulan dia menghabiskan cuti sekolahnya di kampung.Fun!as  she said.... stay close with atok endonnya and two little cousin yang cute dan banyak keletah tu....Afiz yang talkative dan Adif yang kememe......Sekurang-kurangnya Lyn dapat meringankan sedikit tugas atuknya dalam melayan kerenah dua orang cucunya yang banyak ragam ini.Lyn looks chubby too.Shows that she's really happy here.
           


            Suka dengar panggilan akak Lim oleh Hafis dan Ayeen oleh si adik tatkala bersama dengan Lyn.Puas mengajar Afiz menyebut dengan betul tapi tetap dengan sebutan yang sama.With bag full with various toys,he still remember what i've been  promised to him."Alang mana mainan abang?"Bukan aku lupa untuk membelikannya,tapi sengaja nak tengok adakah dia betul-betul ingat tentang janji aku padanya dulu.Melihat pelbagai mainan yang ada di dalam begnya aku sendiri tak tahu mainan apa lagi yang boleh aku belikan untuknya.Finally aku mengajak emak ke bandar dan biarkan Afis memilh sendiri mainan pilihannya.Kami ke Upwell shopping centre.Sudah lama aku tidak ke sini.Alyn minta aku membelikannya sebuah beg sekolah baru.Afiz,setelah masuk ke dalam dua buah kedai mainan,dan dengan kemahuannya yang tidak  berganjak,dia memilih mainan yang pada aku dah banyak seumpamanya di rumah.While Hadif overjoyed with the outing. Kata emak kasihan melihat mereka yang kerap terkurung di rumah.


             Jam lima dengan,cuaca yang baik,kami terus ke Rock Garden.Mereka semakin ceria.Terus menuju ke tapak permainan.Hadif  mahu dilepaskan tangannya.Hafis enjoyed  playing slide with kak Limnya.








 Look at their cheerful faces.Kami penat tapi seronok melihat mereka gembira.
Untuk menghilangkan dahaga kami berhenti minum dan makan di warung yang memang telah sekian lama berada di situ.










                 Masa berlalu teramat pantas pada Lyn yang memang suka tinggal di sini.Lyn gonna miss them much.Sebagai pengubat rindu,Lin membawa bersamanya baju hafiz dan Hadif,Juga kain batik atuk Endonnya.Saat untuk berangkat pulang hujan air mata lyn turun dengan lebatnya.Lebih menyentuh rasa when Hadif repeatedly calling Ayeen to carry him.Kini hanya panggilan telefon yang mendekatkan mereka.

Comments

Popular Posts