Salam Aidil Adha

   Hari ini umat Islam seluruh dunia meraikan hariraya korban.Alhamdulillah aku dan keluarga di sini cuma meraikan sekadar yang ada.Dalam suasana dingin dan menyegarkan akikbat hujan seawal pagi tadi dan sememangnya sekarang musim hujan,sempat aku menyediakan menu nasi ayam sebagai juadah hariraya.So simple kan.......
 Aku masih sempat mencuri masa untuk menelefon emak while cooking.Bukannya ape.saja nak tanya jadi ke mak masak lodeh minang.Coz yesterday she called me asking for the resepi.Teragak nak makan katanya.
I'm happy to hear emak's cheerful voice.Mungkin kerana kak long dan Adah ada bersamanya di sana.Namun ada khabar sedih yang emak sampaikan.Berita kematian mak usu Robiah di kampung.Innalillahiwainnailaihirajiun.Kata emak lagi mereka bercadang untuk ke serting nanti.
                                                          sedia untuk makan
       We have no plans to go anywhere coz Amy still has exam to sit.Lepas makan uduk bersantai sambil menonton TV.Banyak rancangan yang menarik sempena cuti raya ni.And this is for sure,my favourite programmes such as Jalan2 Cari Makan and Nona On TV3.I like to see Qi in JJCM.(cute macam Jijie,my nephew).He is a great appetizer yang buat kita seronok tengok dia makan.Semuanya nampak srdap!

      On TV9,terpesona dengan personality prof.Dr.Muhaya Muhamad menjalani kehidupannya sebagai seorang Doktor Mata yang berjaya.Seorang Muslimah yang mengkagumkan.Juga 'Bingkisan Tanah Suci'yang mengundang rasa terlalu ingin berkunjung ke kota suci Mekah yang terlalu istimewa  for those whose had went there.Hati tertanya-tanya bilakah aku layak dan mampu untuk menjadi TETAMU ALLAH di sana.Ruginya bagi mereka Mampu dan layak serba-serbi tapi belum bersedia untuk ke sana.Dalam Doa panjang dan tulusku,moga ada ruang dan kesempatan untuk aku berkunjung  ke sana.AMIN YA ALLAH.

         Lewat sore,once again telefon emak.Namun yang kedengaran hanya suara-suara ceria anak-anak buahku  iaitu Nini,hafis,kimi dan Jijie.Mana Adif ekkkk!


Laman Rindu : Mesej dari Panggilan Baitullah @ TV3, tangan kanan yang memberi, sorokkan tangan yang kiri. Derma bukan tontonan. Lakukan dalam sepi. Keikhlasan letaknya di hati.

Comments

Popular Posts