Ceritera Syawal 1433H
![]() |
Hafiz yang semakin gila-gila. |
membaca doa makan untuk keselamatan abang Amynya.Dapat aku bayangkan kekalutan Hafiz berhadapan dengan situasi itu.Dan selepas kejadian itu,dia akan teragak-agak untuk menaiki kereta kami lagi.
Cerita Hadif
![]() |
Serupa tapi tak sama(what's that mean) |
Nangis nak ikut 'abg Mimi'nya balik.... |
![]() |
menjamu selera selepas solat hariraya |
![]() |
3 dara pingitan,Ala,Bilah dan lyn......friendliness that returned formed in hariraya |
![]() |
Ziarah syawal ke pusara mereka yang telah tiada,arwah ayah,makcik dan atok Senah. |
![]() |
kunjungan ke rumah atok di spang loi adalah sesuatu yang pasti |
kasih sayang yang lahir dari hati sempat aku abadikan bersama atok Dollah dan atok Kamisah.Despite of nyayok, my name will always fresh on his lip....and it touched me. |
![]() |
hanging out for a while before continuing ziarah raya.Cantik ruang sambung rumah Anie |
Destinasi terakhir syawal pertama ke rumah Normala,di jamu dengan nasi lemak
Syawal ke 2
Kunjungan sepupuku Normala dan suami 'Tok Mi' sudah semestinya dinanti-nantikan.Maklumlah celebrity dan VIP in kerajaan.Tanpa memikirkan sebarang protokol Datuk lebih selesa bersila menikmati hidangan Laksa Utara buatan kaklong,but also praising its deliciousness berulang kali.
![]() |
Syhhhhhhhhh!!!!!bukanlah rumours kataku when Datuk told me about Kak Semah yang overshadowing Najib. |
Lagi catatan dan gambar kenangan raya
![]() |
Fatimah antara rakan sekolah yang selalu setia mengunjungi aku .Seorang ibu dan guru yang maintain ayu dan slim meskipun anak2nya sudah remaja.Hidangan mee kari emak menjamu selera mereka. |
![]() |
Sesuatu yang amat berharga buat emak bila setiap kali raya keluaraga Cik Munah datang berkunjung.Nostalgia di kuaters PKK Batu Anam sentiasa segar diingatan. |
Our one and only,Awish yang semakin keletah bercakap.Namun masih setia dengan Maher Zainnya.
Cousin sisters yang ceria bersama
![]() |
Mak andak yang sedondon purple dengan 2 orang anak daranya singgah beraya sebelum bertolak balik ke Pahang |
Banyak pula paparan bila dah mula menaip ni.Aku tak mahu terlepas dalam mencatatkan kenangan Syawal sepertimana Ramadan yang telah berlalu.
Raya @ Jalan Temenggung
Suasana berhariraya di rumah Uda Karbiah hanya dirasai dipenghujung kepulangan kami ke kampung.Upon arrival,Uda's special tart nenas masih dibuat untuk memenuhi permintaan pelanggannya.So aku ambil kesempatan ini bersama-sama Munah dan Tasya membantu Uda membuatnya.
Hafiz yang dah biasa datang mengikut aku ke sini,leka bermain dengan rakan sebayanya Zuddin.Malah tatkala kami nak bertolak balik ke batu 6 dia beritahu nak tinggal di rumah Tasya.
Lewat senja kami mulai berkemas untuk kembali ke Rawang.Emak dah siapkan pelbagai bekalan untuk kami bawa pulang.Seminggu kami di sini terasa begitu cepat masa berlalu.Selamat tinggal kenangan Syawal di daerah kelahiranku.Ada rasa rindu yang dibawa pulang.Ada rasa terkilan yang tidak terungkaikan.
Laman rindu : Semoga syawal mendatang bakal menjanjikan kebahagiaan.
Comments
Post a Comment