From A distance

         It almost 1 month tak ade entry baru.Kinda blur and can't think much what topic should I put up here.
Yeah I'm not a good blogger, write casually only when I feel like I have something to write. Tiba-tiba timbul  semangat baru untuk write somrthing new bila blog aku untuk kesekian kalinya bertukar wajah.Thanks to my youngest daughter Lyn yang tak jemu melayan kerenah aku bila diminta meng'up- grade'kan blog aku ni....Coz she always said that I was too  fussy and urge.

           Actually I was touched dengan bencana alam yang menimpa daerah kelahiranku sekarang ini.Banjir besar melanda Segamat sekali lagi dan khabarnya ianya lebih besar compared to year 2006.Paparan yang aku lihat menerusi rakan FB tentang situasi banjir di sana membuat aku merasa simpati dengan mereka yang terlibat.Ada yang menjadikannya sebagai suatu pesta bermain air kerana begitu teruja melihat kawasan  dikelilingi air.Namun Alhamdulillah rumah kami di Taman Sri Makmur,Kg.Tengah that often hit by flood was saved.Cuma terputus hubungan jalanraya sahaja.


Pemandangan banjir di Jambatan pertama Segamat.What a scary view
        






Seronok bermain air....@ kg kuala Paya


Meskipun tidak berada di kampung dan melalui situasi banjir di sana namun dari kejauhan aku sentiasa mendoakan agar keluarga dan sahabat handai yang terlibat bersabar dan redha dengan ujian dari Allah ini.


From a very far distance hati aku juga tersentuh dengan situasi cemas yang menimpa pelajar Malaysia yang berada di Mesir bilamana rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.


          Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur.
        Rangakaian Internet telah ditutup sepenuhnya ekoran bantahan secara besar2an anti pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yg melibatkan lebih puluhan ribu orang.
 Begitu ramai yang cedera parah dalam rusuhan tersebut akibat terkena bedilan…Malaysian citizens were  advised to be careful and we wish them all safe . Semoga usaha membawa mereka pulang ke tanah air berjalan lancar.Amin






Laman rindu : Hanya dari kejauhan mengharapkan sesuatu yang terbaik bagi suatu kekusutan. And from afar prays that tangled become calm. Listen to the song from Bette Midler "From a distance" .

Comments

Popular Posts