MY THREE BELOVED KIDS

Sebagai ibu tiada yang lebih membahagiakan dari melihat anak-anak sentiasa sihat dan ceria.Muhammad Dzulhilmy putera sulungku kini berusia 16 tahun.Satu-satunya anak lelakiku.Melangkah ke usia remaja,tentunya ia memerlukan perhatian sebagai seorang yang telah keluar dari dunia keanak-anakannya.Kadang-kadang melayan ragam dan kerenahnya sering buat aku keliru adakah teguran dan perhatian ku tidak selari dengan peningkatan usianya kini.Apa-apa pun sebagai ibu aku akan sentiasa mendoakan agar dia menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya.
Farah Nur Fildza puteri sulung.Ramai yang mengatakan anak kedua mempunyai pelbagai kelainan jika dibandingkan dengan anak-anak lain.Pendapat itu memang ada benarnya pada aku kerana sebagai ibu,aku perhatikan Ala(gantinama dirinya apabila bercakap)sangat mudah merajuk meskipun seorang yang keras hati.Sikapnya yang suka 'memberontak'andainya ada kemahuannya yang tidak dapat dipenuhi boleh buat aku hilang sabar.Namjun satu sikap pro yang ada dalam dirinya ialah tidak mudah mengaku kalah.
Puteri Bungsuku,Farah Nur Adleenna(berkaca mata)seorang anak yang manja.Tentulah anak bungsukan..Banyak mengikuti ciri-ciri yang ada pada diriku.Seorang yang sangat sensitif,mudah menangis dan keras kepala juga.Tapi sikap positif yang paling aku banggakan ialah dia tidak suka menangguh-nangguhkan masa.Semunya kerjanya updated and on time.Seorang adik yang mudah beralah.
Doaku semoga kalian menjadi anak yang tahu menghargai jasa,masa dan rasa kasih dan sayang yang kami curahkan.Menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Comments

Popular Posts