May 9, 2009

MY THREE BELOVED KIDS

Sebagai ibu tiada yang lebih membahagiakan dari melihat anak-anak sentiasa sihat dan ceria.Muhammad Dzulhilmy putera sulungku kini berusia 16 tahun.Satu-satunya anak lelakiku.Melangkah ke usia remaja,tentunya ia memerlukan perhatian sebagai seorang yang telah keluar dari dunia keanak-anakannya.Kadang-kadang melayan ragam dan kerenahnya sering buat aku keliru adakah teguran dan perhatian ku tidak selari dengan peningkatan usianya kini.Apa-apa pun sebagai ibu aku akan sentiasa mendoakan agar dia menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya.
Farah Nur Fildza puteri sulung.Ramai yang mengatakan anak kedua mempunyai pelbagai kelainan jika dibandingkan dengan anak-anak lain.Pendapat itu memang ada benarnya pada aku kerana sebagai ibu,aku perhatikan Ala(gantinama dirinya apabila bercakap)sangat mudah merajuk meskipun seorang yang keras hati.Sikapnya yang suka 'memberontak'andainya ada kemahuannya yang tidak dapat dipenuhi boleh buat aku hilang sabar.Namjun satu sikap pro yang ada dalam dirinya ialah tidak mudah mengaku kalah.
Puteri Bungsuku,Farah Nur Adleenna(berkaca mata)seorang anak yang manja.Tentulah anak bungsukan..Banyak mengikuti ciri-ciri yang ada pada diriku.Seorang yang sangat sensitif,mudah menangis dan keras kepala juga.Tapi sikap positif yang paling aku banggakan ialah dia tidak suka menangguh-nangguhkan masa.Semunya kerjanya updated and on time.Seorang adik yang mudah beralah.
Doaku semoga kalian menjadi anak yang tahu menghargai jasa,masa dan rasa kasih dan sayang yang kami curahkan.Menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.


SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari ibu Buat Emak Kesayanganku Hajjah Hindun Bte Abdullah.Kaulah segalanya di dunia ini.Meskipun kita jarang dapat bersama kini,namun kasih sayang mu sentiasa segar menemani kehidupan ku ini.Kini kau berada jauh di Tanah Suci untuk menunaikan UMRAH.Suatu impian dan cita-cita murni emak untuk sekali lagi ke Rumah MU telah diperkenankan olehMU Allah.Semoga emak pulang dengan UMRAH YANG MABRUR.Dalam setiap solatku tidak pernah jemu aku memohon padaMu agar diberi peluang dan di murahkan Rezeki untuk aku bersama-sama emak ke Tanah Sucimu.
Emak,sebagai anak aku tahu terlalu besar jasamu buat kami sekeluarga.Tanpa ayah disisi kau cekal menghadapi segala macam dugaaan dan kerenah dari anak-anakmu. Ketabahanmu menjadi pendorong dan semangat aku untuk melalui liku-liku hidup ini.Semoga emak sentiasa ceria dan bahagia selalu dalam meniti kehidupan ini.
"Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahir dan membesarkan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu

Apr 17, 2009

happy belated b'day hafiz.............

Selamat Hari Jadi Apiz Sayang....
Kelatahnye menghiburkan.....
Nakalnya pun bkn main lagi.....
Kalau kata die,kata die je......
Tengok betapa mengadanye dia kena dukung ngan Mak Long.....
Dapat hadiah ape tahun nie?????
Kalau tahun lepas dapat hadiah MOTOR dari ayah kesayangannye....
malangnye,skrg ni tinggal bangkai motor je....
Semoga Hafiz bakal menjadi anak yang akan terus menceriakan kuarga....

Apr 12, 2009

alone,lonely and loneliness and it hurts...


alone...

keabadian cinta...


Sudirman...


Al-Fatihah.....
semoga rohnya dicucuri rahmat...

Sudirman...

ku di halaman rindu...

Terkapai kapai ku kelemasan,
Sakit dilambung ombak kerinduan,
Di dalam tidur di dalam jaga,
Diburu oleh mimpi yang serupa,
mengapa aku menjadi tidak menentu........kerana mu

,